Sunday, February 16, 2014

FEBRUARI 2014

Pada Ahad 16 Feb 2014 bersamaan 16 rabiulakhir aku,suami dan anak2 pergi melawat anak lelaki ku di SDAR( sekolah dato Abdul razak) di sungai gadut.Kami sampai di sekolah nashrul pad pukul 2.30 petang.Perut masing-masing telah berkeroncong menahan kelaparan sehingga sampai di sekolah along.
Sampai di SDAR menunggu anakku turun dari asrama mengambil masa 20 minit sehingga suamiku tidak sabra terus naik ke biliknya tingkat 2 untuk kepastian dia anak atau tidak di bilik asrama.
Rupa-rupanya anakku itu di tingkat 2 berbual2 dengan rakannya.Setelah berjumpa dengan anakku itu kami pun pergi ke tempat duduk kosong untuk menjawa selera..Menu yang aku bawa ke SDAR iaitu Ikan Senangin asam pedas jawa,sayur campur ayam dan fresh oren..Alhamdulillah semua kenyang.
Sungguh bahagia ku rasa apabila dapat berkumpul makan bersama-sama keluarga..YA ALLAH BAHAGIAKAN KELUARGAKU..HINDARILAH MEREKA2 YANG CEMBURU DAN IRI HATI..










Hari ini hari Isnin 17 Feb 2014 bersamaan 17 rabiulakhir ...
Assalammualaikum dan selamat sejahtera..hari ini aku telah menyediaakan sarapan pagi untuk 20 orang makan di pejabat ku..Menu yang aku sediakan adalah nasi lemak, kopi o dan donut kacang.
Alhamdulillah semua makanan yang aku bawa habis di jamah oleh rakan-rakan..
Niat aku untuk bersedekah pada hari ini ialah bersyukur kerana aku mendapat tempahan katering pada hujung bulan 3/ 2014...mudahan rezekiku akan berterusan bagi menampung perbelanjaan yang tinggi pada zaman sekarang.


Friday, February 14, 2014

PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA

Pada tahun 2013 cuti sekolah hujung tahun kami telah pergi bercuti selama 1 minggu ke Genting Highland,Rumah Mak Ngah,Rumah Kak Lang dan Ke Langkawi...
 
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami gembira bersama keluarga termasuk emak Rokiah..
 
Langkawi 3 hari 2 malam 
 
 
                                               
















 
 
Ini gambar-gambar semasa di Genting Highland bermalan 3 hari 2 malam.

 
 
 













Thursday, February 13, 2014

Tepi Pantai

Sementara menunggu anak-anak tuisyen nor,abang dan aby lepak-lepak di Pantai Port Dickson ambil angin pantai...

mengamati dan menyaksikan matahari terbenam dari pukul 6.45pm ke 7.30pm...



 
 

 

 

Posing2 manja bersama hubby dan anakku sayang aby..
Kamu bahagia ibu pun turut bahagia..salam sayang dari ibu buatmu anakku NUR NABILA BINTI SHAIFUDDIN..hidup ini bukan selamanya..suatu hari nanti kita akan berpisah jua..

 

 

MEMORI JANUARY 2014

Assalammualaikum..semua
Semoga saya dan famili berada dalam keadaan sihat dan gembira,dijauhkan dari segala kesulitan..

Sebagai seorang manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan tidak lari dari dugaan dari Allah s.w.t..
Oleh itu haruslah kita redha dan bersyukur dengan ketentuannya..yang akan memberi sinar dan kebahagiaan yang lebih sempurna dari sebelumnya..

Alhamdulillah dengan ujian dan dugaan yang di berikan.kini kita lebih tenang dengan mengalunkan ayat-ayat Al-Quran..lebih menyayangi,membantu,menyokong dan mengharungi segala masalah bersama.
semoga keluarga kita akan lebih bahagia hingga ke Akhir Hayat..AMIN