Wednesday, May 13, 2015

UPSIDE DOWN ART GALLERY
LOKASI: PORT DICKSON

Sempena Hari Ibu 10 mei 2015 rase-rasenye tak ade aktiviti yang hendak dilakukan tetapi tiba-tiba anak minta belikan seluar sukan untuk join larian pada 11 mei 2015..
 
So idea tu terus datang di kepale ni...ape kata nak bawe MAK jalan-jalan sekitar Port Dickson dan minum petang sekali..
 
Nor pun plan lah sendiri dan cekalkan hati untuk simpan surprise sehingga semua dah masuk dalam kereta...
 
Jalan punye jalan lebih kurang 15 minit dalam kereta nor pun bersuara...JOMM kite gi nengok rumah terbalik...huby anak2 pun tergamam dan bertanya"' kat mana tu', nor pon dengan selambernye menjawab kat Port Dickson tapi tak tau kat mane....try je kebalkan diri...lagi satu nor nak bagitahu nor nak singgah umah mak bawa dia sekali jalan-jalan..hubby pun OK..jom janji IBU belanje...katenyee...
 
Demi ibu tercinta dan keluarga tersayang no hall...
 
 

Sunday, April 26, 2015

NETBALL ENGINEERING KLIA 2015

Ahad lepas berlangsungnye perlawanan netball inter department..

So kami gegils power dari engineering pun mengambil bahagian dalam sukan tersebut..

cume nak penuhkan quota sahaja...sponser pun terbaik!!!!!!!!!!! ape lagi kami pun walaupun tak terror main tapi boleh lah dibanggakan kerana dapat tempat ke-3...heeeee janji mak vogue..

korang tengoklah wolls punye drasing...mengancam beb siap ade skirt untok joget lambak tau..

 

 

Inilah group Engineering KLIA 2015

Nampak hebatkan....

 



 


 Tapi group oren diatas membuatkan kami kalah dan tidak berpeluang untok masuk FINAL..huuu sedih yang tak terucap...




position netball

Thursday, April 23, 2015

Bertemu kembali bulan Rejab 1436/2015 bulan Allah S.A.W...marilah kita sesame mencari manfaat di atas bulan-bulan yang istimewa ini..

Biarlah kita susah di dunia ini tapi bahagia di sana nanti...Jom pause pada sesiapa yang berkemampuan dan berkesempatan tu ye....
Assalammualaikum..Alhamdulillah bertemu kembali setelah sekian lama menyepi..
Kadang-kadang kehidupan kita berlalu tanpa sedar dan terapung-apung bagai di tiup badai..kini nor kembali dengan semangat baru dan azam baru yang menyedarkan nor bahawa kite perlu meneruskan kehidupan walau apa pun yang telah di tetapkan oleh Allah S.A.W...
Ekceli hari ini nor ingin kongsikan Produk jajan keluaran syarikat nor NORJAI JAAL ENTERPRISE yang mengeluarkan produk KACANG PEDAS..


Sesiapa nak cuba keluaran nor ni silalah wasap@tel nor ye 0129794242

Wednesday, April 30, 2014

1 May 2014 bersamaan 1 Rejab 1435


Alhamdulillah di panjangkan umur sampai Bulan Rejab..bulan yang nor tunggu-tunggu untuk membanyakkan amalan dan keampunan segala dosa-dosa nor yang lalu..semoga nor di kuatkan tenaga dan minda untuk berpuasa penuh jika di izinkan oleh Allah...nor akan cuba dan semoga Allah memberi rezeki besar kepada nor dan keluarga..

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud:”Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.”

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad
Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : (“Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya  lapan hari,dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : ” Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal”, dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).”)
Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu’) bermaksud:
(“Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      “Tuhan ampunkan baginya (dosanya)” dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: “Kau telah ditipu oleh dirimu.”)
Niat puasa bulan Rejab ialah :

Maksudnya : “Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta’ala”.






Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
 


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah SWT

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"

Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa-peristiwa penting bulan rejab

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm. 


Wednesday, April 23, 2014

Aku dan Orkid Putih

Add caption

 


 Orkid Putih di ibaratkan pada insan  yang suci bersih seperi menjaga kehormatan diri dan kesucian diri..cinta umpama bunga,percintaan umpama taman & keindahan cinta umpama bunga yang mekar di taman..tetapi sesuci mana seseorang insan itu hanya Allah yang Maha MengetahuiNya...
Moga kak nor tergolong di antara insan-insan yang dilindungi oleh Nya...amin



Keistimewaan Bulan Rejab

 
 
Bersamaan 1 Rejab 1435 marilah kita sama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini.
 
 
Kak nor pun bertekad ingin berpuasa dan mengumpul pahala sebanyak yang mungkin jika di izinkan..amin..