Sunday, February 16, 2014

FEBRUARI 2014

Pada Ahad 16 Feb 2014 bersamaan 16 rabiulakhir aku,suami dan anak2 pergi melawat anak lelaki ku di SDAR( sekolah dato Abdul razak) di sungai gadut.Kami sampai di sekolah nashrul pad pukul 2.30 petang.Perut masing-masing telah berkeroncong menahan kelaparan sehingga sampai di sekolah along.
Sampai di SDAR menunggu anakku turun dari asrama mengambil masa 20 minit sehingga suamiku tidak sabra terus naik ke biliknya tingkat 2 untuk kepastian dia anak atau tidak di bilik asrama.
Rupa-rupanya anakku itu di tingkat 2 berbual2 dengan rakannya.Setelah berjumpa dengan anakku itu kami pun pergi ke tempat duduk kosong untuk menjawa selera..Menu yang aku bawa ke SDAR iaitu Ikan Senangin asam pedas jawa,sayur campur ayam dan fresh oren..Alhamdulillah semua kenyang.
Sungguh bahagia ku rasa apabila dapat berkumpul makan bersama-sama keluarga..YA ALLAH BAHAGIAKAN KELUARGAKU..HINDARILAH MEREKA2 YANG CEMBURU DAN IRI HATI..










Hari ini hari Isnin 17 Feb 2014 bersamaan 17 rabiulakhir ...
Assalammualaikum dan selamat sejahtera..hari ini aku telah menyediaakan sarapan pagi untuk 20 orang makan di pejabat ku..Menu yang aku sediakan adalah nasi lemak, kopi o dan donut kacang.
Alhamdulillah semua makanan yang aku bawa habis di jamah oleh rakan-rakan..
Niat aku untuk bersedekah pada hari ini ialah bersyukur kerana aku mendapat tempahan katering pada hujung bulan 3/ 2014...mudahan rezekiku akan berterusan bagi menampung perbelanjaan yang tinggi pada zaman sekarang.


No comments:

Post a Comment