Sunday, February 16, 2014

FEBRUARI 2014

Pada Ahad 16 Feb 2014 bersamaan 16 rabiulakhir aku,suami dan anak2 pergi melawat anak lelaki ku di SDAR( sekolah dato Abdul razak) di sungai gadut.Kami sampai di sekolah nashrul pad pukul 2.30 petang.Perut masing-masing telah berkeroncong menahan kelaparan sehingga sampai di sekolah along.
Sampai di SDAR menunggu anakku turun dari asrama mengambil masa 20 minit sehingga suamiku tidak sabra terus naik ke biliknya tingkat 2 untuk kepastian dia anak atau tidak di bilik asrama.
Rupa-rupanya anakku itu di tingkat 2 berbual2 dengan rakannya.Setelah berjumpa dengan anakku itu kami pun pergi ke tempat duduk kosong untuk menjawa selera..Menu yang aku bawa ke SDAR iaitu Ikan Senangin asam pedas jawa,sayur campur ayam dan fresh oren..Alhamdulillah semua kenyang.
Sungguh bahagia ku rasa apabila dapat berkumpul makan bersama-sama keluarga..YA ALLAH BAHAGIAKAN KELUARGAKU..HINDARILAH MEREKA2 YANG CEMBURU DAN IRI HATI..










Hari ini hari Isnin 17 Feb 2014 bersamaan 17 rabiulakhir ...
Assalammualaikum dan selamat sejahtera..hari ini aku telah menyediaakan sarapan pagi untuk 20 orang makan di pejabat ku..Menu yang aku sediakan adalah nasi lemak, kopi o dan donut kacang.
Alhamdulillah semua makanan yang aku bawa habis di jamah oleh rakan-rakan..
Niat aku untuk bersedekah pada hari ini ialah bersyukur kerana aku mendapat tempahan katering pada hujung bulan 3/ 2014...mudahan rezekiku akan berterusan bagi menampung perbelanjaan yang tinggi pada zaman sekarang.


Friday, February 14, 2014

PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA

Pada tahun 2013 cuti sekolah hujung tahun kami telah pergi bercuti selama 1 minggu ke Genting Highland,Rumah Mak Ngah,Rumah Kak Lang dan Ke Langkawi...
 
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami gembira bersama keluarga termasuk emak Rokiah..
 
Langkawi 3 hari 2 malam 
 
 
                                               
















 
 
Ini gambar-gambar semasa di Genting Highland bermalan 3 hari 2 malam.

 
 
 













Thursday, February 13, 2014

Tepi Pantai

Sementara menunggu anak-anak tuisyen nor,abang dan aby lepak-lepak di Pantai Port Dickson ambil angin pantai...

mengamati dan menyaksikan matahari terbenam dari pukul 6.45pm ke 7.30pm...



 
 

 

 

Posing2 manja bersama hubby dan anakku sayang aby..
Kamu bahagia ibu pun turut bahagia..salam sayang dari ibu buatmu anakku NUR NABILA BINTI SHAIFUDDIN..hidup ini bukan selamanya..suatu hari nanti kita akan berpisah jua..

 

 

MEMORI JANUARY 2014

Assalammualaikum..semua
Semoga saya dan famili berada dalam keadaan sihat dan gembira,dijauhkan dari segala kesulitan..

Sebagai seorang manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan tidak lari dari dugaan dari Allah s.w.t..
Oleh itu haruslah kita redha dan bersyukur dengan ketentuannya..yang akan memberi sinar dan kebahagiaan yang lebih sempurna dari sebelumnya..

Alhamdulillah dengan ujian dan dugaan yang di berikan.kini kita lebih tenang dengan mengalunkan ayat-ayat Al-Quran..lebih menyayangi,membantu,menyokong dan mengharungi segala masalah bersama.
semoga keluarga kita akan lebih bahagia hingga ke Akhir Hayat..AMIN

Friday, November 1, 2013

Mc Donal Port Dickson

Tiap kali ade duit lebih hubby mesti ajak makan di McD kerana sebelum ini hubby tak pernah masuk McD.Selepas 1st time ajak dia makan dalam McD barulah dia suka dan jika ada kelapangan waktu atau hantar anak tuisyen mesti singgah di McD atau PIZZA..tapi FASTFood tidak boleh di amalkan untuk menjaga kesihatan.











SUATU MALAN TIADA BEKALAN ELEKTRIK

Kg Pachitan mengalami masalah gangguan bekalan elektrik dari pukul 7pm hingga pukul 10pm.
Lepas magrib siap2 hubby ajak makan kat luar dan lepak2 sementara menunggu elektrik sampai..Sampai rumah pada pukul 9.30pm elektrik belum sampai lagi.nasib baik touch light hubby power bolehlah bertahan 1/2 jam..duduk lah dalam rumah yang bahang dan pintu di buka bagi udara masuk..


Tuesday, September 3, 2013

PAPPARICH PORT DICKSON

Hantar anak tuisyen adalah rutin mingguan nor dan suami..setiap hari selasa,rabu dan khamis menghantar anak di kelas perseorangan di Taman D'ambang kota( rumah lama nor sebelum pindah di kampung)..
Alhamdulillah anak setakat ini fasih berbahasa english berbanding ibu dan abahnya..
Walaupun yuran 1 subjet rm75 mengenangkan ilmu zaman sekarang kena berlumba-lumba nor gagahkan juga diri untuk memenuhinya..
Inilah usaha untuk ibu abah untuk anak2 tersayang..
Masa singgah di PAPPARICH menu yang nor order ialah menu favorite nor iaitu asam laksa, hubby order kueyteaw goreng bersama teh o dan sekecil montel order chiken wings dan coco shacke