Thursday, April 3, 2014

Destinasi ke-2

Bandar Melaka
Kami melawat Bandar Melaka Lama peninggalan Portugis
Sambil memberitahu anak2 tentang sejarah kewujudan Melaka Bandar Bersejarah












Ini tempat lawatan yang nor dan family kunjungi pada petang itu...seronok anak2 walaupun kerap kali datang ke Melaka..

Wednesday, April 2, 2014

Kenangan bersama anak-anak

Ibu amat meyayangi kamu semua..kalianlah rezeki ibu dan amanah untuk ibu dan abah..anakku..sayang..ibu tidak dapat berkata apa-apa .hanya dengan air mata pengubat rindu ibu pada kamu semua..semoga kamu beroleh kejayaan bila ibu tiada di samping mu...amin

Kemesraan bersama suami tersayang

Abang..nor berdoa semoga kita bahagia hingga ke akhir hayat dan tiada tangisan berpanjangan..biarlah kenangan pahit itu berlalu seperti air sungai yang mengalir membawa kekotoran dan meninggalkan kemanisan dan kebersihan dan akan kita nikmati bersama...amin



Kenangan bersamamu sayang di Melaka pada March 2014 bermesra bersama anak-anak kita..

Keluargaku..SAYANG

Carilah ilmu dunia dan akhirat...jangan leka dengan kemanisan dan kebahagiaan DUNIAWI.
Bersedialah menghadapi dugaan Allah dengan sentiasa membaca Al-quran bagi merawat hati dari mati..

Alhamdulillah di berikan rezeki membawa anak2 dan suami pergi bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah



Bersama anak-anak sebelum bertolak ke destinasi..jom bergambar kenangan di hadapan rumahku di Kg.Pachitan..seorang lagi anak bujangku masa ini berada di Melaka menunggu kami datang mengambilnya...ibu 2 jam sampai ye along...



Singgah makan bekalan yang nor sediakan untuk anak-anak dan suami tersayang..nasi goreng kampong,sambal udang power,cookies dan telur goreng untuk kenyangkan perut sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi...sarapan nor cuma yogut dan roti sahaja...cuba jaga badan kalau berjaya...mudahan heee..abang dan abby dalam gambar tu dari perjalanan balik dari tandas...turun kereta abang nak gi toilet...



Alhamdulillah sampai akhirnya ke destinasi Zoo Melaka..tempat mencari ilmu mengenai binatang-binatang di muka bumi Allah ini..rezeki juga dapat paying besar..heee

Inilah keluarga Ijai & Nor..doakan kebahagian dan keamanan hingga ke hujung nyawa..amin




Sambil melihat binatang tidak ketinggalan mennyuruh anakku Nabila membaca nama-nama binatang yang tertulis...mudahan mendapat ilmu untuk di bawa ke sekolah nanti ye..saying..sampai merungut le Nabila...asyik jumpa papan tanda kena baca..huuu

Ibu doakan anak ibu berjaya dunia dan akhirat...ini yang mampu ibu dan abah bagi

Keistimewaan di beri pada anakku Nur Nabila menaiki kuda...seronok bukan main lagi anakku ini selepas menaiki kuda..ibu best la nak naik lagi...sian kuda tu abi nak dukung abi yang montel ni..jom kita tengok binatang lain pula ye..



Aby..ini binatang apa?..aby pun membaca di papan tanda..harimau bintang,harimau belang dan singa..ini binatang akhir yang terdapat di Zoo Melaka yang sempat nor menangkap gambarnya...


ohh..Giraffe....

Habis lawatan pertama di Zoo Melaka...terus bergerak ke Rojak Mamak untuk makan tengahari..





Keluargaku...Semoga kekal dan bahagia hingga akhir hayat

Oh Suamiku...Kuatkan Imanmu..tabahkan hatimu menerima dugaan Allah..Kebahagian Keluarga kita serahkan kepada Allah..Dia yang menentukan segalanya..kita hanya merancang lebih baik dari sebelumnya...Amin

Hatiku Shahdu..kerna mu..ALLAH

Assalammualaikun dan Salam sejahtera...lama rasanya nor tidak berblogger. Ini di sebabkan nor masih mencari kebenaran pada diri dan keluarga..

Ya Allah..sejukkanlah hati ku dari berdendam dengan manusia,hindarilah keluarga ku dari malapetaka zina dan maksiat..bahagiakan keluargaku dan jauhi dari orang-orang yang dengki dan cemburu dengan kebahagian kami...amin

Tahun 2014 bermula penghijrahan nor kepada mengenal diri dan keluarga dengan lebih dekat lagi..baru nor tersedar selama ini nor telah leka dan lalai mengingati Allah dan Nabi Muhammad..Ya Allah ampunilah nor dari kesilapan dan dosa-dosa.

Artikel ini mengambarkan perasaan nor:-



Bersama-sama kita amalkan Zikir

Semoga segala perjalanan dan pergerakan kita di lindungi oleh ALLAH dan jadilah insan yang berguna Dunia dan Akhirat...Amin


7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki
1.Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH:
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI:
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR:
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah. Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. InshaaALLAH.