Carilah ilmu dunia dan akhirat...jangan leka dengan kemanisan dan kebahagiaan DUNIAWI.
Bersedialah menghadapi dugaan Allah dengan sentiasa membaca Al-quran bagi merawat hati dari mati..
Alhamdulillah di berikan rezeki membawa anak2 dan suami pergi bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah
Bersama anak-anak sebelum bertolak ke destinasi..jom bergambar kenangan di hadapan rumahku di Kg.Pachitan..seorang lagi anak bujangku masa ini berada di Melaka menunggu kami datang mengambilnya...ibu 2 jam sampai ye along...
Singgah makan bekalan yang nor sediakan untuk anak-anak dan suami tersayang..nasi goreng kampong,sambal udang power,cookies dan telur goreng untuk kenyangkan perut sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi...sarapan nor cuma yogut dan roti sahaja...cuba jaga badan kalau berjaya...mudahan heee..abang dan abby dalam gambar tu dari perjalanan balik dari tandas...turun kereta abang nak gi toilet...
Alhamdulillah sampai akhirnya ke destinasi Zoo Melaka..tempat mencari ilmu mengenai binatang-binatang di muka bumi Allah ini..rezeki juga dapat paying besar..heee
Inilah keluarga Ijai & Nor..doakan kebahagian dan keamanan hingga ke hujung nyawa..amin
Sambil melihat binatang tidak ketinggalan mennyuruh anakku Nabila membaca nama-nama binatang yang tertulis...mudahan mendapat ilmu untuk di bawa ke sekolah nanti ye..saying..sampai merungut le Nabila...asyik jumpa papan tanda kena baca..huuu
Ibu doakan anak ibu berjaya dunia dan akhirat...ini yang mampu ibu dan abah bagi
Keistimewaan di beri pada anakku Nur Nabila menaiki kuda...seronok bukan main lagi anakku ini selepas menaiki kuda..ibu best la nak naik lagi...sian kuda tu abi nak dukung abi yang montel ni..jom kita tengok binatang lain pula ye..
Aby..ini binatang apa?..aby pun membaca di papan tanda..harimau bintang,harimau belang dan singa..ini binatang akhir yang terdapat di Zoo Melaka yang sempat nor menangkap gambarnya...
ohh..Giraffe....
Habis lawatan pertama di Zoo Melaka...terus bergerak ke Rojak Mamak untuk makan tengahari..
No comments:
Post a Comment