Thursday, April 3, 2014

Destinasi ke-3

Selepas penat berjalan-jalan di Bandar Melaka sambil membeli-belah pakaian kami pun terus menuju ke Klebang untuk mendapatkan hotel-hotel murah bagi penginapan 1 malam. Kami memang tidak mencari awal hotel di Melaka cuma bergantung pada rezeki..jika rezeki kami ada waktu itu ada bilik hotel kosong kami terus menginap tetapi jika tiada kami akan terus pulang ke Port Dickson..
Alhamdulillah ada rezeki kami sekeluarga mendapat Hotel di Klebang bajet rm100 semalam.
 
 

Pada malam itu kami pergi mencari makanan di kawasan Pantai Klebang Melaka...Alhamdulillah makanan sedap dan mengenyangkan..selapas makan kami balik Hotel.
Sampai Hotel nor bercadang berjalan-jalan di tepi pantai Klebang dan mengembalikan nostalgia masa bercinta di Pantai Klebang..
Nor meluahkan perasaan dan mencari kehidupan bahagia bersama suami tersayang..syahdu sungguh malam itu dengan tiupan bayu-bayu sejuk menolak badan..abang pun terharu dan kami sama-sama akan memperbaiki segala kesilapan lalu yang amat memedihkan dan memberi nafas baru dan kehidupan baru dalam alam rumahtangga...segala yang Allah beri ujian pada kita pasti ada hikmah yang lebih manis..amin

No comments:

Post a Comment